Selasa, 3 November 2026
TERKINI
Jais: Kandang penyembelihan ayam di Puchong dipercayai dikendalikan beberapa syarikatNaib presiden MCA kritik Wong Kah Woh isu pengurangan waktu Bahasa Cina di SJKCKerajaan peruntuk lebih RM200 juta untuk sambungan ECRL ke Rantau PanjangWang tak dituntut cecah lebih RM14 bilion setakat September 2026 – Amir HamzahTiada pemain JDT dalam skuad Harimau Malaya, Cheng Hoe panggil 24 pemain ke China11 universiti Malaysia dalam 100 teratas Asia, UKM masuk 20 terbaik buat kali pertamaMana perginya janji 50 peratus cukai vape untuk kesihatan? Ahli Parlimen persoalHadi kaitkan CSA dengan 'pendekatan Dajjal di akhir zaman'Kumpulan masyarakat sivil gesa pakatan lapan reformasi libatkan semua 218 Ahli ParlimenKerajaan kekal subsidi bersasar, tolak cadangan harga minyak ikut pasaran – Amir Hamzah

PN kini dianggap suara masa depan Negara – Razali Idris

KUALA LUMPUR: Perikatan Nasional (PN) semakin dilihat sebagai pilihan masa depan negara oleh rakyat, menyusul ketegangan dalam sistem politik Pakatan Harapan (PH) yang melibatkan UMNO, DAP, dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Razali Idris, mengemukakan pandangannya bahawa pemimpin muda UMNO, terutamanya Ketua Pemuda Dr. Muhamad Akmal Saleh, menyatakan kekecewaan terhadap arah politik kerajaan.

“Ketua Pemuda UMNO bersuara tetapi Anwar dan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi buat ‘lembu kenyang’!

“Petanda sistem saraf politik PH, UMNO, DAP dan PKR semakin tak betul. Pemuda UMNO tak tertahan lagi perasaan mereka kerana apa yang tidak betul, perlu diperbetulkan.

“Oleh kerana itu, rakyat telah menganggap PN kini sebagai suara masa depan negara,” katanya menerusi hantaran di Facebook pada Sabtu.

Beliau menegaskan bahawa keadaan politik semakin kacau dengan tindakan-tindakan yang dipandang tidak wajar, menyebabkan rakyat memandang PN sebagai alternatif yang lebih stabil.

Dr. Muhamad Akmal sebelum ini menyuarakan ketidakpuasannya terhadap keputusan untuk mengekalkan enam ahli Parlimen Bersatu tanpa mematuhi Akta Anti Lompat Parti, dan mengkritik perlakuan tersebut sebagai tanda ketidakstabilan politik yang ditokok tambah untuk kepentingan sendiri.

Razali Idris menegaskan bahawa tindakan-tindakan seperti ini semakin merosakkan sistem politik yang sudah terjejas, dengan harapan agar isu-isu ini dapat diperbaiki demi kebaikan negara.

Enam ahli Parlimen itu ialah ahli Parlimen Bukit Gantang, Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal; Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan); Zahari Kechik (Jeli); Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang); Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

TopikbersatuPN

Berita berkaitan