Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

ADUN Rembia, Muhammad Jailani sah menjadi ahli PAS

KUALA LUMPUR: Adun Rembia, Muhammad Jailani Khamis, telah diumumkan sebagai ahli Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

Pengumuman tersebut disampaikan oleh Setiausaha Agung PAS, Takiyuddin Hassan, dalam sidang media di Parlimen hari ini.

Takiyuddin menjelaskan bahawa penyertaan Jailani ke dalam PAS tidak akan mempengaruhi kedudukan Adun terbabit.

Ini disebabkan Dewan Undangan Negeri Melaka belum menguatkuasakan undang-undang anti-pengkhianatan parti semasa Jailani menyertai PAS.

Penyertaan Jailani menyebabkan PAS kini mempunyai seorang wakil dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka, meningkat dari dua kerusi pembangkang sebelum ini kepada tiga.

Di samping Jailani, dua lagi wakil Perikatan Nasional (PN) dalam DUN Melaka ialah Mohd Yadzil Yaakub (Bemban) dan Mohd Aleef Yusof (Sungai Udang).

“Beliau telah diterima menjadi ahli PAS pada 10 Jun 2023. Pada masa itu di Melaka belum ada undang-undang antilompat parti,” katanya pada sidang di media tersebut.

Jailani sendiri hadir dalam sidang media bersama beberapa pemimpin kanan PAS.

Sebelum ini, keahliannya dalam Umno digantung selama enam tahun oleh Lembaga Disiplin parti tersebut pada 9 Sept tahun lalu.

Untuk rekod, Adun Rembia telah mengemukakan permohonan untuk menyertai PAS pada 10 Jun 2023, yang kemudiannya diluluskan pada hari yang sama.

TopikADUNpas

Berita berkaitan