Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Akta Antilompat Parti perlu dibincang dan dipersetujui secara dwipartisan – Azalina

KUALA LUMPUR: Kesediaan kerajaan untuk mengkaji pindaan Akta Perlembagaan (Pindaan) (No. 3) 2022 (Akta A1663) atau lebih dikenali sebagai Akta Antilompat Parti telah ditegaskan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang Dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau menyatakan bahawa Bahagian Hal Ehwal Undang-undang tiada masalah dengan cadangan tersebut dan bersedia untuk mengemukakan pindaan kepada akta tersebut. Pernyataan ini berdasarkan arahan daripada Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Sekarang kerajaan bersetuju nak tengok (pindaan) itu. Terpulanglah…tak ada masalah, kalau perdana menteri arah saya dalam mesyuarat kabinet untuk membawa nota dari segi dasar baharu pun tak ada masalah, saya bersedia,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Pada Jumaat yang lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah menyatakan bahawa kerajaan terbuka untuk mengadakan perbincangan bagi membaiki kelompangan yang wujud dalam akta berkenaan.

Pada 20 Jun lalu, Bersatu telah mengemukakan notis kepada Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, meminta supaya enam kerusi Parlimen wakil rakyatnya yang sebelum ini menyokong Perdana Menteri dikosongkan, berdasarkan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan.

Namun begitu, pada 11 Julai, Tan Sri Johari telah menegaskan bahawa keputusan berhubung status enam bekas Ahli Parlimen Bersatu yang mengisytiharkan sokongan kepada kerajaan adalah kekal, yang menyebabkan pihak pembangkang keluar Dewan beramai-ramai kerana tidak berpuas hati.

Enam Ahli Parlimen yang terlibat ialah Datuk Syed Abu Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal (Bukit Gantang), Datuk Dr Suhaili Abdul Rahman (Labuan), Zahari Kechik (Jeli), Mohd Azizi Abu Naim (Gua Musang), Datuk Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (Kuala Kangsar) dan Datuk Dr Zulkafperi Hanapi (Tanjong Karang).

TopikAKTAAzalina

Berita berkaitan