Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Bola sepak kita sedang rosak – Lekir

KUALA LUMPUR: Pemimpin gerakan penyokong skuad kebangsaan Ultras Malaya, Lekir Ahmad, mengungkapkan rasa kecewa terhadap pengunduran diri Kim Pan Gon sebagai ketua jurulatih skuad Harimau Malaya.

Beliau menyuarakan perasaannya melalui satu kenyataan, Lekir menggambarkan situasi bola sepak tempatan sedang menghadapi masalah serius dan merosot.

“Tak ada kata apa dah nak ungkap. Sedih yang teramat sangat dengan pengunduran Pan Gon.

“Kecewa dengan atmosfera bola kita sekarang, bola sepak kita sedang rosak,” kata Lekir.

Keputusan Pan Gon untuk meletak jawatan sebagai pengurus skuad Harimau Malaya telah memberi kesan yang mendalam terhadap pemain skuad kebangsaan, Faisal Halim.

Faisal menggambarkan keputusan tersebut sebagai satu berita yang amat menyedihkan, namun beliau memberikan sokongan sepenuhnya kepada pengurus dari Korea Selatan itu dalam segala tugas seterusnya.

“Berita yang sangat sedih. Saya masih ingat yang jurulatih datang ke hospital dua bulan lalu dan memberikan sokongan serta kekuatan kepada saya.

“Jurulatih katakan pada saya ‘Faisal, saya mahu lihat awak kembali dengan lebih kuat bersama skuad kebangsaan!’.

Saya akan terus memberi sokongan kepada anda dan saya percaya anda akan kembali dengan lebih kuat.

“Terima kasih atas segalanya,” katanya menerusi laman Instagramnya, hari ini.

Sebelum ini, Pan Gon telah sah meletakkan jawatan secara serta-merta melalui satu pengumuman di Wisma FAM semalam.

Topikbola sepakFAMkim pan gon

Berita berkaitan