Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Hubungan saya dengan nenek OK saja – Syasya

Kuala Lumpur: Bekas anggota kumpulan Dolla, Syasya Rizal, 23, mendedahkan mempunyai hubungan yang baik dengan neneknya, pelakon veteran, Rozie Othman.

Pendedahan itu dikongsi Syasya selepas Rozie sebelum ini menzahirkan rasa kecewa kerana cucunya menamatkan zaman bujang ketika di puncak kegemilangannya. Rozie pada ketika itu sedang menunaikan umrah di tanah suci.

“Saya ada cakap dengan nenek dan bagi pembayang. Saya selalu simpan sendiri dan kalau nak dekat hari berkahwin, baru saya beritahu. 

“Saya ada beritahu nenek untuk doakan saya sementara dia sedang menunaikan umrah. Dia terkejut sebab bila dia dah balik, kami dah bernikah,” katanya.

Syasya turut menyatakan bahawa dia telah berbincang dengan Rozie sebelum berkahwin dan meminta didoakan semasa Rozie sedang menunaikan umrah.

Walaupun terkejut dengan berita perkahwinan Syasya, mereka telah bertemu dan menjelaskan segala-galanya.

Suami Syasya, Nasrullah Mohd Sapie turut berkata bahawa mereka telah bertemu dengan Rozie dan semuanya berjalan lancar.

“Nenek pun dah berumur. Jadi, normal untuk nenek-nenek dengar cerita dari orang dan buat kesimpulan. Kami dah jumpa dan jelaskan. Dia pun dah gembira jumpa Nasrullah,” katanya. 

Rozie juga hadir dalam majlis resepsi yang dihadiri oleh lebih dari 1,000 tetamu.

Topikdollasasya

Berita berkaitan