Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Ikan Bandaraya menguasai hampir semua sungai di Lembah Klang

KUALA LUMPUR: Ikan bandaraya atau Hypostomus plecostomus kini mendominasi sungai-sungai di Lembah Klang sebagai spesies invasif yang sukar dimusnahkan.

Menurut Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Izham Hashim, hampir semua sungai di Lembah Klang, termasuk tasik dan lombong, telah dipenuhi oleh spesies ini.

Sungai Klang, Sungai Langat, dan Sungai Selangor adalah antara yang terjejas. Ikan ini pada mulanya dibela dalam akuarium untuk membersihkan kotoran, namun apabila ia membesar, ia dilepaskan ke dalam sungai.

“Memang dia lepaskan seekor, tapi kalau ribuan orang yang berbuat seperti itu, ia akan jadi banyak dan membiak dengan cepat. Memang kita hadapi masalah sangat besar.

“Ikan ini akan menebuk lubang di tepi tebing sungai untuk bertelur dan sebagainya menyebabkan tebing sungai akan terhakis dan runtuh,” katanya.

737kg ikan bandaraya berjaya ditangkap dalam tempoh 4 jam dalam Program Pemuliharaan Sumber Perikanan Darat, semalam.

Topikikan bandarayaLembah Klang

Berita berkaitan