Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Kedah sedia jual air kepada Pulau Pinang – Sanusi

Kuala Lumpur: Kedah bersedia untuk menjual bekalan air bersih kepada Pulau Pinang sebagai langkah untuk mengatasi masalah kekurangan air di Nibong Tebal.

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor, menyatakan bahawa mereka mempunyai lebihan air bersih di Loji Rawatan Air (LRA) Lubuk Buntar dan bersedia untuk disalurkan ke Pulau Pinang sekiranya Kerajaan Pulau Pinang ingin membeli.

Beliau menegaskan bahawa Pulau Pinang, sebagai negeri maju dengan pelan pembangunan ‘The Greater Penang’, sepatutnya tidak berdepan dengan masalah air.

“Dengan tulus ikhlas, saya sedia dengan syarat pembelian, bukan sekadar mengambil secara percuma seperti di Sungai Muda,” ujar beliau semasa berucap pada Majlis Pelancaran Jentera Pilihan Raya Kecil (PRK) Perikatan Nasional (PN) N20 Sungai Bakap, pada Sabtu lalu.

Turut hadir dalam majlis tersebut Naib Presiden PAS, Idris Ahmad; Setiausaha Agung PAS, Datuk Seri Takiyuddin Hassan; dan Ketua Penerangan PN, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Pada majlis pelancaran jentera PRK PN N20 Sungai Bakap, Muhammad Sanusi turut mengkritik Kerajaan Pulau Pinang yang didakwa memperoleh keuntungan tinggi daripada penjualan air industri tanpa menyelesaikan masalah bekalan air di Nibong Tebal.

Beliau juga mempersoalkan kenapa masalah yang sama tidak berlaku di kawasan lain seperti Tanjong.


“Patut tak jadi masalah kerana negeri ini negeri kecil, paip pendek, senang nak selenggara.

“Bukan kah, Perdana Menteri kini berasal dari Pulau Pinang? Negeri yang begitu dihargai dan ditatang seolah-olah minyak yang penuh, sekarang mengalami masalah asas seperti bekalan air bersih, Sungguh tidak wajar.

“Sebagai negeri yang kaya dengan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) yang dua kali ganda lebih tinggi daripada Kedah, mengapa masalah ini hanya terjadi di kawasan tertentu? Adakah masalah yang sama juga dialami di kawasan Tanjong?” soalnya.

Sebelum ini, penderitaan penduduk di Mukim 5, Seberang Perai Selatan (SPS) akibat kekurangan air telah menjadi isu yang berlarutan selama enam tahun tanpa penyelesaian yang memuaskan. Walaupun pelbagai langkah telah diambil termasuk pembinaan loji rawatan air kedua di Sungai Kerian, masalah tersebut masih belum terselesaikan.

Penduduk yang terlibat merasa kecewa terhadap syarikat pengendali perkhidmatan air di negeri tersebut kerana dianggap tidak cekap mengurus krisis dan gagal memberikan jawapan yang munasabah terhadap masalah tersebut.

TopikairKedahPulau PinangSanusi

Berita berkaitan