Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

KKM komited tangani bebanan petugas kesihatan, galak gaya hidup sihat

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) komited untuk menangani isu-isu berkaitan bebanan kerja dan kelelusan lampau dalam kalangan petugas barisan hadapan di hospital-hospital Malaysia secara serius, dan memberi jaminan untuk terus memperkasa strategi mengikut keperluan.

“Petugas kesihatan adalah aset paling berharga yang berhak untuk mendapat sokongan menyeluruh,” kata YB Datuk Seri Dr Haji Dzulkefly Ahmad, Menteri Kesihatan dalam satu kenyataan media.

Sejajar dengan peralihan KKM dari rawatan kepada pencegahan penyakit secara proaktif, KKM juga mengajak rakyat Malaysia untuk mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Ini adalah penting terutamanya selepas pendedahan kadar prevalens penyakit tidak berjangkit (NCD) yang agak membimbangkan dalam dapatan Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan terkini.

“Saya menyeru agar para profesional kesihatan KKM terus bersabar sementara transformasi yang dirancang dapat dilaksana.

“Persefahaman dan sumbangan berterusan semua pihak amatlah dihargai, terutamanya bagi menjayakan perubahan positif yang diusahakan,” tambah beliau.

Topikdzulkefly ahmadhospitalkesihatankkmmalaysia

Berita berkaitan