Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

KPKT akan kenakan tindakan kepada pemilik sekiranya PPR disewakan

KUALA LUMPUR: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) akan mengambil tindakan segera terhadap pemilik Program Perumahan Rakyat (PPR) yang disyaki memperoleh keuntungan tidak sah dengan cara menyewakan rumah yang diperolehi dengan subsidi kerajaan.

Timbalan Menteri KPKT, Aiman Athirah Sabu menegaskan bahawa aktiviti menyewakan PPR melanggar perjanjian sewaan atau pemilikan yang telah ditetapkan.

Laporan baru-baru ini mendedahkan terdapat pemilik PPR yang memperoleh keuntungan sehingga RM1,000 sebulan dengan menyewakan rumah-rumah yang dibeli dengan subsidi kerajaan lebih Rm240,000 terutamanya di Lembah Klang.

Menurut pemeriksaan yang dibuat oleh FMT di platform e-dagang hartanah menunjukkan banyak iklan sewa rumah-rumah PPR yang dipaparkan, walaupun sepatutnya diduduki oleh pembeli yang menerima bantuan kerajaan.

Program bantuan kerajaan membolehkan pembelian rumah PPR pada harga sekitar RM35,000 dengan inisiatif kerajaan. Bayaran bulanan bagi rumah itu maksimum RM300 untuk tempoh 15 tahun.

Pertubuhan Sewaan Kediaman Kebangsaan mengesahkan bahawa rumah-rumah PPR atau perumahan DBKL mempunyai dua kategori, iaitu dijual atau disewakan kepada golongan B40.

Pemilik rumah tidak dibenarkan menyewakan semula unit mereka berdasarkan perjanjian dengan pemaju seperti Dewan Bandaraya Kuala Lumpur atau KPKT.

Pengerusi Prakash P Kalivanan menyeru kerajaan untuk melakukan semakan silang data untuk mengesan penyewa atau pemilik rumah-rumah PPR yang memiliki lebih daripada satu kediaman, dan mengeluarkan golongan yang berkemampuan dari program ini.

Beliau menjelaskan bahawa kekurangan undang-undang yang khusus berkaitan dengan penyewaan rumah-rumah PPR adalah antara faktor utama yang membolehkan ‘perniagaan sampingan’ ini berlaku.

TopikDBKLkpktLembah Klangmalaysiappr

Berita berkaitan