Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Kuota bumiputera untuk matrikulasi tetap dipertahan mengikut perlembagaan

KUALA LUMPUR: Walaupun pelajar cemerlang dengan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan keputusan 10A keatas diberi jaminan untuk memasuki program matrikulasi tanpa mengira kaum, kerajaan akan tetap mempertahankan kuota Bumiputera.

Menurut Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, keputusan untuk mengekalkan kuota ini telah dibuat sejak sekian lama dan bertepatan dengan prinsip Perlembagaan Perkara 153. Ia bertujuan untuk memastikan masa depan Bumiputera Melayu terjamin dan mengelakkan berlakunya ketidakseimbangan.

Selain itu, kerajaan juga terus mengiktiraf pelajar cemerlang berdasarkan prinsip meritokrasi.

“Tiap kali kerana kita ada kuota Bumiputera, kadang-kadang dijadikan isu keterlaluan, di satu pihak mahu menafikan hak minoriti, satu pihak lagi nak pertikai prinsip Perlembagaan dan jaminan kepada Bumiputera terutama secara nisbi dalam kedudukan lebih rendah kerana kemudahan di desa dan miskin bandar.

“Maka, kita ambil jalan agak adil dan munasabah. Kalau dia itu rakyat di negara kita, maka harus pelihara.
“Kita juga menerima kenyataan tentang meritokrasi. Siapa dapat 10A tanpa mengira kaum dan wilayah, kita berikan jaminan tempat di matrikulasi atau bagi Bumiputera, ada asasi,” katanya.

Sebelum Ini, Warta Malaysia melaporkan Kerajaan telah beri jaminan bahawa mulai tahun ini, semua pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) yang mencapai keputusan 10A ke atas, tanpa mengira kaum dan wilayah, akan diberi peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Matrikulasi.

TopikbumiputeramatrikulasiSPM

Berita berkaitan