Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Pembuli Esha mengaku salah, didenda Rm100

KUALA LUMPUR: Pempengaruh kontroversi mengaku salah di Mahkamah Majistret hari ini atas tuduhan mengeluarkan kata-kata kesat yang bertujuan untuk menimbulkan kemarahan berhubung dengan kes buli siber yang melibatkan pempengaruh Rajeswary Appahu atau lebih dikenali sebagai Esha.

Shalini Periasamy, berusia 35 tahun, melakukan perbuatan itu melalui akaun media sosial TikTok dengan nama ‘alphaquinnsha’.

Kehadiran Shalini di mahkamah hari ini bersama dengan dua individu yang dipercayai sebagai bapanya dan suaminya, kelihatan tenang ketika pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Arunjothy M Selvarwam.

Sejurus selepas pertuduhan dibacakan, Shalini yang bekerja sebagai pembantu rumah jagaan orang tua mengaku bersalah terhadap tindakannya dan menyatakan beliau telah insaf dengan insiden tersebut.

Hakim kemudian menjatuhkan hukuman denda sebanyak RM100 atau penjara tujuh hari jika denda tersebut tidak dibayar.

Menurut pertuduhan, Shalini dituduh dengan sengaja mengeluarkan kata-kata kesat melalui akaun TikTok alphaquinnsha dengan niat untuk menaikkan kemarahan yang boleh mengganggu keamanan.

Kesalahan dilakukan pada 1 Julai lalu, kira-kira jam 4.10 pagi di kawasan Sentul.

Tertuduh didakwa di bawah Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 dan boleh dihukum di bawah seksyen yang sama.

Pada 5 Julai, Esha yang berusia 30 tahun telah meninggal dunia, hanya sehari selepas membuat laporan polis berhubung ancaman jenayah dan fitnah yang dihadapi.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner Ahmad Sukarno Mohd Zahari, sebelum ini mengesahkan bahawa 11 saksi termasuk ahli keluarga mangsa telah direkodkan dalam kertas siasatan polis bagi melengkapkan kes ini.

Untuk pengetahuan umum, seorang lagi sedang menghadapi pertuduhan di mahkamah berlainan berhubung kes yang sama.

TopikbuliEsha

Berita berkaitan