Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Penyasaran subsidi diesel tak ganggu prestasi ekonomi dan KDNK Negara – Amir Hamzah

KUALA LUMPUR: Kerajaan yakin ekonomi negara akan mencapai unjuran rasmi kadar inflasi dan kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun ini walaupun dengan pelaksanaan penyasaran semula subsidi diesel.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menegaskan bahawa kerajaan menyasarkan kadar inflasi antara 2.0 peratus hingga 3.5 peratus serta pertumbuhan KDNK antara 4.0 peratus hingga 5.0 peratus untuk tahun ini.

“Pendekatan penyasaran semula subsidi diesel yang diambil iaitu menyediakan diesel bersubsidi kepada sektor logistik dan bantuan tunai bulanan kepada individu akan mengurangkan tekanan ke atas harga barang pengguna dan impak kepada rakyat,” katanya pada Sesi Penerangan Menteri mengenai Pelaksanaan Penyasaran Semula Subsidi Diesel di Dewan Rakyat hari ini.

Amir Hamzah menjelaskan bahawa walaupun kerajaan masih menanggung subsidi diesel sehingga RM10 bilion, penjimatan yang dijangka sebanyak RM4 bilion setahun daripada penyasaran semula subsidi diesel akan membantu menampung keperluan subsidi di Sabah dan Sarawak serta sektor pengangkutan awam dan logistik Semenanjung Malaysia, selain dari bantuan tunai kepada pemilik kenderaan individu dan pengusaha kecil agri-komoditi serta subsidi bagi nelayan.

Beliau menekankan bahawa langkah ini penting untuk memastikan kestabilan ekonomi dan kebajikan rakyat dalam mengharungi cabaran ekonomi semasa.

TopikdieselInflasiKDNK

Berita berkaitan