Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Penyasaran subsidi: PAS gusar kemampuan kerajaan capai matlamat

Kuala Lumpur: Setiausaha Agung Parti Islam Se-Malaysia (PAS), Takiyudin Hassan menyuarakan kebimbangan akan kemampuan kerajaan dalam memastikan matlamat utama mereka tercapai dalam tempoh garis masa yang munasabah.

Beliau menyatakan, dalam PAS menyambut baik hasrat kerajaan, mereka juga merasakan perlu ada kebimbangan berkait pelaksanaan subsidi bersasar ini, terutama kemungkinan kesan negatif kepada rakyat.

“Selain itu, wujud kebimbangan berhubung kemampuan kerajaan sendiri untuk memastikan matlamat utama yang digariskan dicapai dalam tempoh yang munasabah,” katanya.

Beliau juga menekankan kebimbangan PAS mengenai kemampuan kerajaan menangani isu aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran yang menjadi masalah kebocoran subsidi yang sirius dengan anggaran kebocoran melebihi RM4.5 juta sehari.

“Kebimbangan kedua ialah kemampuan kerajaan menangani isu kebocoran serius yang berlaku, terutama daripada aktiviti penyeludupan diesel ke negara jiran yang dianggarkan berjumlah kira-kira tiga juta liter sehari'” katanya lagi.

Dalam pada itu, PAS menggesa kerajaan untuk meningkatkan pemantauan dan penguatkuasaan domestik bagi menghalang kenaikan harga atau memanipulasi pasaran, yang akan memberi kesan negatif ke atas ekonomi dan kehidupan rakyat.

“Agensi keselamatan di sempadan, termasuk Jabatan Kastam Diraja, mempunyai peranan besar yang perlu digembleng sepenuhnya bagi memperkukuh mekanisme penyasaran subsidi sebaiknya,” ujar beliau lagi.

Oleh itu, PAS percaya bahawa langkah penyasaran subsidi diesel ini perlu dipantau keberkesanannya secara dekat oleh kerajaan. Takiyudin juga menyatakan bahawa kerajaan perlu mengambil tindakan segera jika terdapat tanda-tanda penyelewengan atau hasrat murni kerajaan ini tidak mencapai sasaran.

Topikpasperikatan nasionalrasionalisasi subsidisubsidi diesel

Berita berkaitan