Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

PRK Sungai Bakap: Gerakan kecam menteri yang umum peruntukan menjelang PRK

KUALA LUMPUR: Parti Gerakan mengutuk tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Nga Kor Ming, yang mengumumkan peruntukan hampir RM18 juta dalam majlis Sentuhan Kasih menjelang Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap, semalam.

Menerusi laporan Malaysiakini, Presidennya Gerakan, Dominic Lau, menyifatkan tindakan itu sebagai cubaan membeli undi dan menyalahkan Perdana Menteri, Anwar Ibrahim atas pemberian gula-gula sebanyak RM290,000 kepada pengundi Sungai Bakap.

“Kerajaan Madani dilihat sangat kebal kerana pelanggaran demi pelanggaran terhadap etika pilihan raya telah di buat ia bermula daripada PRK  Kuala Terengganu, PRK Kemaman, PRK KKB dan kali ini PRK Sungai Bakap. 

“Perbuatan terkutuk ini dibuat demi mengekalkan kuasa dan jawatan. “Dengan mentaliti ini, eksploitasi politik wang berasaskan kepentingan parti berterusan, menjadi norma harian kerajaan Madani.

Ini menyebabkan ketidaksamaan yang lebih besar dalam gelanggang pilihan raya antara pembangkang dan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Lau menekankan perlunya garis panduan etika kerajaan semasa tempoh pilihan raya dan menggesa kerajaan untuk menghentikan amalan tidak beretika tersebut.

“Pengundi Sungai Bakap perlu introspeksi dan bertanya kepada diri sendiri, adakah kerajaan Madani mampu menjaga seperti perkhidmatan terbaik yang telah dibuat oleh bekas Adun Sungai Bakap daripada Perikatan Nasional,” katanya lagi.

Beliau juga mengingatkan pengundi Sungai Bakap agar mempertimbangkan kesan tindakan kerajaan Madani terhadap kemajuan daerah mereka.

Kerusi Dun Sungai Bakap kosong selepas kematian Nor Zamri Latiff pada Mei tahun lalu, dan PRK akan diadakan pada 6 Julai ini.

TopikGerakanprk

Berita berkaitan