Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Ramlan Harun pengerusi SPR yang baru

KUALA LUMPUR: Datuk Seri Ramlan Harun telah dilantik sebagai Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang baru, mulai hari ini.

Pelantikan beliau disahkan oleh Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim, seperti yang diumumkan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali.

“Sukacita dimaklumkan bahawa selaras Perkara 114(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertuan Agong memperkenankan pelantikan Datuk Seri Ramlan Harun sebagai Pengerusi SPR.

“Pelantikan ini berkuat kuasa mulai 26 Jun 2024,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Datuk Seri Ramlan, yang sebelum ini merupakan Ketua Setiausaha Kementerian Pembangunan Luar Bandar, mempunyai kelayakan pendidikan dalam bidang Pengurusan Sumber Tanah dari Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Perancangan Perumahan dan Bangunan dari Universiti Sains Malaysia (USM).

Turut mempunyai Diploma Pentadbiran Awam dari Institut Tadbiran Awam Negara (INTAN), beliau memulakan perkhidmatannya di Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan.

Beliau menggantikan Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang bersara wajib pada 9 Mei lepas selepas empat tahun memimpin SPR.

TopiksprUPMUSM

Berita berkaitan