Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Seorang lelaki masuk hospital gara-gara khatan guna kit DIY

KUALA LUMPUR: Seorang lelaki di Taiwan mengalami penderitaan selepas cuba melakukan proses berkhatan sendiri menggunakan kit DIY yang dibelinya dalam talian.

Memetik laporan Harian Metro, Pesakit tersebut telah membayar kit tersebut melalui platform Taobao.

Menurut pakar urologi, Dr. Chen Zhongzuo, pesakit itu datang ke hospital dengan alat sulit yang bengkak selepas menggunakan kit tersebut.

Pesakit tersebut mengakui bahawa kit tersebut mengandungi ubat bius ringan yang disemburkan ke kemaluannya sebelum prosedur.

Walau bagaimanapun, kesakitan yang teruk berlaku semasa proses berkhatan, menyebabkan pesakit itu akhirnya mencari rawatan perubatan selepas tujuh hari tidak dapat menahan kesakitan.

Dr. Chen menyatakan bahawa alat sulit pesakit tersebut telah dijangkiti kuman dan memerlukan antibiotik. Pesakit tersebut akhirnya perlu menjalani pembedahan.

Dr. Chen menasihati lelaki agar tidak cuba melakukan proses berkhatan sendiri dan sentiasa mencari bantuan profesional dalam urusan kesihatan mereka.

TopikDIYhospitalkhatantaiwan

Berita berkaitan