Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Subsidi BUDI MADANI bakal diterima oleh 30,000 individu bermula Isnin hadapan

Lebih 30,000 individu, petani, dan pekebun kecil komoditi akan menerima bantuan subsidi tunai BUDI MADANI berjumlah RM200 pada Isnin hadapan. Bantuan ini diberikan untuk mengurangkan tekanan kenaikan kos sara hidup.

Menurut kenyataan Kementerian Kewangan, semua 30,000 permohonan yang diluluskan melalui tiga bahagian bantuan BUDI MADANI akan menerima wang subsidi tersebut melalui akaun bank masing-masing.

“Bagi penerima tanpa akaun bank, mereka boleh menuntut BUDI MADANI secara tunai dengan membawa MyKad ke mana-mana cawangan Bank Simpanan Nasional (BSN) di seluruh Semenanjung Malaysia.

“BUDI MADANI adalah usaha kerajaan untuk memastikan peruntukan subsidi disasarkan kepada golongan yang layak, terbahagi kepada bantuan individu (BUDI Individu), petani serta pekebun kecil (BUDI Agri-Komoditi), dan syarikat serta kenderaan pengangkutan (MySubsidi Diesel),” katanya.

Katanya lagi, di bawah Belanjawan 2024, kerajaan komited untuk menyasarkan semula subsidi bahan api bagi mengekang aktiviti penyeludupan, penyelewengan, dan ketirisan subsidi rakyat.

“Pemohon yang berkelayakan masih boleh mendaftar untuk menerima BUDI MADANI. Permohonan yang dibuat dalam bulan ini layak menerima bayaran untuk bulan berkenaan dan bulan seterusnya.

“Bagi pemohon yang tidak diluluskan, mereka boleh membuat semakan permohonan serta mengemukakan rayuan melalui laman sesawang BUDI MADANI https://budimadani.gov.my atau hubungi talian bantuan BUDI MADANI di nombor 1-800-882747 / 03-8882 4565 / 03-8882 4566 atau secara e-mel di budimadani@treasury.gov.my,” katanya.

Untuk mengetahui lebih lanjut berhubung syarat kelayakan BUDI MADANI, sila layari laman web atau hubungi talian bantuan yang disediakan.

Berita berkaitan