Jumaat, 30 Oktober 2026
TERKINI
Longkang tidak dibersih punca banjir kilat di Taman Indah KLIA, SepangPRN Melaka: Kerk berdepan cabaran sengit pertahan Ayer Keroh, Gerakan diuji isu 'perpaduan Melayu'Kiandee persoal Bersatu: Pecat juga Muhyiddin dan lima Ahli Parlimen yang tandatangani CSA?Pembinaan pertahanan di Sabah bukan tindak balas terhadap Filipina – KhaledPeruntukan jalan luar bandar naik hampir tiga kali ganda, projek tidak dibatalkan – Tengku ZafrulPulau Pinang unjur defisit bajet terendah RM5.26 juta bagi 2027Mahkamah Tinggi Shah Alam benar bekas olimpik simpan tiga kucing di kondominiumPersiapan Deepavali rancak di seluruh negara, pasar dan kedai mula dibanjiri pengunjungPindaan UUCA dibentang Disember, kerajaan kaji nyahklasifikasi dokumen sejarahPolis siasat paparan kandungan lucah pada LED milik Majlis Perbandaran Kluang

Tajudin Abdul Rahman menunggu Jawapan berkenaan perggantungan ahli Umno

Bekas ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) Umno, Tajuddin Abdul Rahman, mengungkapkan rasa kecewanya kerana masih belum menerima jawapan berhubung status keahliannya yang digantung selama enam tahun.

Meskipun telah mengemukakan empat kali rayuan kepada pucuk pimpinan Umno, namun belum ada tindakan yang diambil mengenai nasibnya bersama parti itu

Bagaimanapun, Tajuddin menegaskan kesetiaannya terhadap perjuangan Umno. “Saya memang berharap keputusan penggantungan saya ditarik balik supaya saya boleh menjadi ahli aktif kembali”, katanya.

Tajuddin menegaskan keterikatannya terhadap Umno dan menyatakan kesetiaannya terhadap parti tersebut serta berharap agar pemimpin parti dapat menilai semula keputusan tersebut.

Bagaimanapun, beliau merasa terhalang untuk turun berkempen dalam pilihan raya kecil (PRK) Sungai Bakap bagi membantu calon kerajaan perpaduan kerana status keanggotaannya yang digantung.

Ini menimbulkan kekecewaan dan menimbulkan persepsi negatif terhadap Umno.

TopikMKTprktajudin abdul rahmanumno

Berita berkaitan